Abstract:
Matlamat asas kajian ini adalah bertujuan untuk mengupas kadar pulangan sosial Malaysia menggunakan pendekatan Kos Dan Faedah· (CBA). Analisis kajian ini terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu kategori negeri maju (Selangor, Wilayah Persekutuan, Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor); dan negeri kurang maju (Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah dan Perlis) di Semenanjung Malaysia. Umumnya, kadar pulangan sosial memainkan peranan penting dalam
menentukan keberuntungan pelaburan pendidikan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan sepanjang tempoh 3 dekad yang lampau. Kajian ini telah mengguna pakai data siri masa keratan lintang untuk mengukur kadar pulangan dalaman pulangan sosial. Hasil keputusan kajian dengan jelas menunjukkan negeri kurang maju memperoleh pulangan sosial yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan negeri maju. Keputusan
kajian ini juga seiring dengan penemuan kajian terdahulu, di mana semakin maju sesebuah negara, maka semakin berkurangan kadar pulangan sosial. Justeru, kajian ini secara tidak langsung telah menyumbang ke arah keberuntungan pelaburan sosial di
Malaysia serta keperluan pelaburan pendidikan sebagai instrumen pembangunan modal manusia.