Abstract:
Sektor pertanian merupakan salah satu sektor yang banyak menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi. Terdapat beberapa komoditi utama yang banyak
mempengaruhi atau banyak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi. Antaranya
adalah pengeluaran komoditi getah, kelapa sawit dan koko. Secara umumnya,
pengurangan serta peningkatan dalam produktiviti pengeluaran sektor pertanian boleh
mengubah struktur pertumbuhan ekonomi. Hubungan antara pengeluaran komoditi
getah, kelapa sawit, koko dan KDNK akan dikaji berasaskan kajian empirikal dengan
menggunakan data siri masa bagi tempoh 1980-2010. Hasil kajian menunjukkan
bahawa tidak wujud hubungan jangka masa pendek dan jangka masa panjang antara
pengeluaran komoditi utama dan KDNK. Ini bermaksud perubahan dalam
pengeluaran komoditi utama negara Malaysia tidak mempengaruhi pertumbuhan
ekonomi iaitu KDNK.