Abstract:
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti prestasi perniagaan usahawan wanita di
Kedah. Kajian ini juga mengenalpasti faktor-faktor utama penglibatan usahawan wanita.
Selain itu, kajian ini untuk mengenalpasti pengaruh demografi dan faktor-faktor kejayaan
yang mempengaruhi dalam sektor perniagaan yang diterajui oleh usahawan wanita.
Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai kaedah pengumpulan data. Soal selidik
dianalisis menggunakan analisis deskriptif. Kajian mendapati aspek yang menentukan
kejayaan adalah aspek pengurusan perniagaan yang meliputi kebajikan pekerja dan akaun
perniagaan diurus dengan baik serta pekerja menjadi rujukan utama untuk masalah.
Secara umurnnya, ingin mencapai cita-cita menjadi usahawan,sanggup menghadapi risiko
dan ingin cepat kaya merupakan faktor- faktor penglibatan usahawan wanita ini.