Abstract:
Sistem pertahanan merupakan salah satu sistem yang menjadi faktor kebangkitan
sesebuah negara untuk terns kekal maju. Di dalam kajian kes ini, penerapan kajian adalah
untuk melihat perbandingan sistem pertahanan antara negara Malaysia dan Singapura
Objektif kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana tahap keterbukaan dan kemapanan
sesebuah negara dalam menghadapi pertumbuhan ekonomi dari masa ke semasa Kajian ini
telah menggunakan data sekunder yang diperoleh dari Bank Negara Malaysia di mana
tempoh adalah dari tahun 1988 hingga 2009. - Kajian ini telah menggunakan kaedah ADF,
Philips Perron dan juga ujian Kointegrasi Johansen untuk melihat hubungan jangka panjang
dan jangka pendek antara perbelanjaan pertahanan, globalisasi dan juga pertumbuhan
ekonomi.