Abstract:
Matlamat asas kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji faktor pengeluaran utama
yang mempengaruhi nilai tambah dalam industri pembuatan. Objektif kajian adalah
meneliti impak yang berlaku terhadap output, modal dan buruh terhadap nilai tambah
dalam industri pembuatan negara Malaysia. lndustri pembuatan yangh menjadi pilihan
kerana ianya merupakan industri kedua yang memberi sumbangan terbesar kepada
pendapatan nasional. Terdetiknya kajian ini apabila didapati berlaku jurang perbezaan
nilai pada nilai tambah idustri pembuatan di Malaysia dalam tahun yang berlainan.
Pentingnya nilai tambah dalam sesuatu industri adalah untuk membuktikan juga bahawa
pengolahan dalam suatu proses pekerjaan adalah penting bagi mendapatkan
penghasilan barang akhir yang mempunyai keuntungan maksimum.