Abstract:
Sejak era 1980-an, sektor pelancongan Malaysia mula diberi nafas dan harapan baru
sehingga mencapai kemapanan ekonomi berasaskan industri pelancongan masa kini.
Ini selaras dengan usaha pihak kerajaan Malaysia yang telah melancarkan beberapa
program pelancongan untuk meningkatkan ketibaan pelancong antarabangsa ke
Malaysia. Justeru, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengkaji kesan
kemeruapan kehadiran pelancong dan pengaruh kesan bermusim Franses terhadap
pola kehadiran pelancong asing berasaskan indeks harga pengguna dengan
menggunakan data siri masa bulanan sepanjang tempoh 1995 sehingga 2010. Model
empirikal ARIMA (p,d,q) 12 dan ARMAX digunakan sebagai model asas dalam kajian
ini untuk mengenal pasti kemeruapan kehadiran pelancong antarabangsa ke Malaysia.
Hasil keputusan kajian menunjukkan wujudnya kesan bermusim Franses bagi pola
kehadiran pelancong antarabangsa ke Malaysia sepanjang tahun terutamanya pada
bulan Julai. Keputusan empirikal juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang
lemah di antara pola kehadiran pelancong antarabangsa dan indeks harga pengguna
dalam jangka masa pendek.Walau bagaimanapun, hubungan kedua-dua univariate
tersebut adalah kuat dalam jangka masa panjang.