Abstract:
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kepuasan terhadap perkhidmatan kesihatan
di Daerah Kuala Terengganu, Terengganu. Berdasarkan data soal selidik daripada 100
responden di Klinik-klinik Kesihatan Daerah Kuala Terengganu, hasil kajian
mendapati bahawa pelanggan atau pesakit berpuas hati dengan perkhidmatan yang
ditawarkan oleh Klinik-klinik Kesihatan di Daerah Kuala Terengganu. Analisis
deskriptif digunakan untuk menghuraikan permasalahan kajian. Berdasarkan hasil
kajian, ulasan diberikan dari segi peratus kekerapan pelanggan Klinik Kesihatan
Daerah Kuala Terengganu mengikut tahap kepuasan yang telah ditetapkan.