Abstract:
Kertas ini mengkaji kolerasi di antara pendapatan per kapita dengan jangka hayat
untuk negara-negara Asia yang dipilih. Kajian ini adalah menunjukkan kekuatan
berpengaruh oleh pendapatan per kapita kepada jangka hayat. Dalam kajian ini, terdapat
banyak data mengenai pendapatan per kapita dan jangka hayat terhadap negara-negara
tertentu ditunjukkan dalam kertas ini. Dengan kajian ini, tahap kebajikan rakyat sesebuah
negara dapat ditunjukkan. Kebanyakan negara dapat menunjukkan trend yang meningkat
bagi pendapatan per kapita dan jangka hayat dari tahun 2001 hingga tahun 2010.
Keputusan untuk kajian ini adalah wujud kolerasi positif di antara pendapatan per kapita
dengan j angka hayat.