Abstract:
Kemasukan pekerja asing di Malaysia adalah satu keperluan bagi melancarkan
perjalanan aktiviti dalam pelbagai sektor. lni menyebabkan permintaan terhadap
pekerja asing semakin meningkat saban tahun. Tujuan kajian ini adalah untuk
mengkaji arah aliran kemasukan pekerja asing dan perbandingan mengikut sektor.
Terdapat lima sektor yang dikaji iaitu sektor pembantu rumah, pembuatan,
perladangan, pembinaan dan perkhidmatan. Satu model dibentuk. Berdasarkan data
dari tahun 1999 hingga 2008, hasil kajian mendapati bahawa secara puratanya arah
aliran kemasukan pekerja asing adalah meningkat sama ada secara keseluruhan
mahupun mengikut sektor bagi setiap tahun. Manakala dari segi perbandingan
mendapati sektor pembuatan mencatatkan purata kemasukan pekerja asing yang
paling tinggi. Dengan hal demikian, kemasukan pekerja asing perlu dihadkan agar
tidak berlaku lambakan dalam pasaran buruh.