Abstract:
Wanita merupakan nadi dan jentera yang menyumbang terhadap ekonomi negara
dimana jumlahnya lebih kurang separuh penduduk Malaysia. Terdapat beberapa
sektor mempengaruhi pertumbuhan KDNK dan kajian ini lebih berfokus pada
penyertaan wanita dalam sektor ekonomi yang meningkatkan KDNK negara
Malaysia Antara sektor ekonomi yang dipilih dalam kajian ini adalah sektor
pertanian,sektor pembuatan dan sektor perkhidmatan. Dalam keadaan dunia sebenar,
peningkatan penyertaan wanita dalam ketiga-tiga sektor ini memberi kesan yang
sangat besar kepada pertumbuhan KDNK. Menurut kajian ini, hubungan diantara
KDNK, dan penyertaan wanita dalam sektor pertanian, sektor pembuatan dan sektor
perkhidmatan akan dilihat berasaskan kaedah emprikal dengan menggunakan data siri
masa bagi tempoh 1995-2009. Hasil kajian didapati bahawa pembolehubah bebas
iaitu penyertaan wanita dalam sektor pertanian dan sektor pembuatan mempunyai
hubungan yang negatif dengan KDNK negara Malaysia Dimana penyertaan wanita
dalam sektor perkhidmatan mempunyai hubungan yang positif dengart KDNK negara
Malaysia. Hasil kajian yang diperolehi juga telah menyamai beberapa kajian lepas.