| dc.description.abstract |
Kertas ini mengemukakan hasil kajian mengenai penentu pemusatan lokasi industri pembuatan
dan kesan limpahannya terhadap pembangunan masyarakat setempat di kawasan
perindustrian Klang Utama, Klang, Selangor. Pengumpulan data primer dilakukan melalui dua
sumber iaitu soal selidik dan temuduga. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis deskriptif
dan frekuensi . Bagi menjawab persoalan kajian, faktor yang mendapat nilai peratusan tertinggi
berdasarkan kategori sangat bersetuju dianggap sebagai faktor utama yang mempengaruhi
pemusatan industri pembuatan di kawasan Klang. Sehubungan itu, didapati responden di
kawasan kajian lebih mementingkan faktor buruh, aglomerasi, kemudahan pengangkutan &
kesampaian pelabuhan, kemudahan infrastruktur, dan faktor tapak & tempat serta polisi
kerajaan dalam mempengaruhi pemusatan - lokasi industri pembuatan. Selain itu, lokasi
pelabuhan Klang yang berhampiran dengan kawasan kajian menyebabkan pertumbuhan
industri pembuatan di Klang. Hasil penemuan kajian mendapati limpahan pemusatan dalam
pembangunan setempat memberi impak kepada aspek ekonomi, sosial, persekitaran dan buruh
tempatan. |
en_US |