Abstract:
Kajian ini dijalankan bagi tujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi
jwnlah pengangguran di Malaysia. Faktor-faktor yang berkaitan adalah kemasukan
pekerja asing ke Malaysia, kadar inflasi, dan kadar pertumbuhan KDNK. Dalam
kajian ini, telah menunjukkan teknik penganggaran OLS digunakan untuk
mendapatkan hubungan yang ringkas antara adalah kemasukan pekerja asing ke
Malaysia, kadar inflasi, dan kadar pertumbuhan KDNK dengan jwnlah pengangguran
di Malaysia. Oleh tu, penemuan ini menyokong kepada hipotesis dalam penyelidikan
ini dengan perhubungan secara langsung bagi setiap pembolehubah. Penemuan ini
sepadan dengan kajian yang telah dilakukan sebelum ini