Abstract:
Kajian ini menganalisis penentu Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia
dengan menggunakan data siri masa bagi tempoh 30 tahun iaitu dari tahun 1980-2009.
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) merupakan indikator yang mengukur
pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Dalam kajian ini, Pelaburan Langsung Asing
(FDI), Eksport Bersih, dan Pelancongan digunakan sebagai penentu KDNK di
Malaysia. Ketiga-tiga pembolehubah bebas dalam kajian ini menunjukkan hubungan
positif terhadap KDNK Malaysia. Hasil keputusan kajian menunjukkan tiada
hubungan jangkamasa panjang diantara KDNK dengan FDI, eksport bersih, dan
jumlah pelancongan dalam model ARDL. Nilai ECT mempunyai kesan terhadap
KDNK yang bersamaan dengan 42%.