Abstract:
Secara umumnya kajian ini untuk menilai kesan keterbukaan ekonomi terhadap KDNK
Malaysia. Secara khususnya, kajian ini adalah untuk menganalisis trend serta menilai
tahap integrasi imbangan perdagangan terhadap pertumbuhan ekonomi. Kajian ini juga
mengukur hubungan dan tahap kebergantungan KDNK Malaysia terhadap eksport serta
import. lmbangan perdagangan merujuk kepada perkembangan di dalam eksport dan
import di Malaysia. Kajian ini menggunakan data siri masa melingkungi data tahun dari
1970 sehingga 2009 iaitu selama 40 tahun. Selain itu, data diuji melalui ujian integrasi
Johansen dan diaplikasikan pula dengan ujian Vektor Autoregrasi (VAR) untuk meninjau
hubungan jangka panjang perubahan kajian. Analisis secara regresi juga digunakan
bagi membuktikan kajian secara empirikal. Kajian ini menunjukkan apabila berlaku
perubahan dalam imbangan perdagangan dalam sesebuah negara akan memberi kesan
kepada pertumbuhan ekonomi negara.