Abstract:
Kertas kerja ini mencuba untuk menganalisis faktor yang menentukan kadar
penyertaan tenaga buruh wanita dan hubungan antara faktor-faktor dan penyertaan
tenaga buruh wanita di Malaysia. Teknik OLS telah digunakan untuk menganggarkan
penentu kadar penyertaan tenaga buruh wanita. Pertumbuhan dalam pendapatan
negara dan kadar penyertaan tenaga buruh lelaki menunjukkan peningkatan dalam
kadar penyertaan tenaga buruh wanita. Manakala peningkatan dalam jumlah
perdagangan menyebabkan penurunan dalam kadar penyertaan wanita di Malaysia.
Penemuan kajian sama dengan kajian yang dilakukan sebelum ini.