Abstract:
Secara umumnya, kajian ini adalah untuk mengkaji liberalisasi perdagangan dan
pertumbuhan ekonomi melalui perbandingan dua buah negara iaitu Malaysia dan
Singapura. Keterbukaan ekonomi ini merujuk kepada tahap perkembangan di dalam
aliran eksport dan aliran import sesebuah negara sekaligus dapat meningkatkan tahap
liberalisasi perdagangan di Malaysia dan Singapura. Kajian ini menggunakan data siri
masa sebanyak 25 tahun iaitu dari tahun 1985 hingga 2010. Kajian ini juga telah
menggunakan perisian SAS iaitu Statistical Analysis System. Di dalam perbandingan
liberalisasi perdagangan dan pertumbuhan ekonomi ini, kajian ini menggunakan model
linear regresi mudah (OLS) bagi negara Malaysia dan Singapura. Data kajian telah diuji
melalui beberapa pengujian iaitu pengujian t, pengujian F, dan pengujian hipotesis.
Kajian ini menunjukkan bahawa liberalisasi perdagangan dan pertumbuhan ekonomi
negara Malaysia adalah berbeza dengan negara Singapura di sebabkan mempunyai
struktur model yang berasingan. Selain itu, penentu pembolehubah eksport bersih,
tenaga buruh, dan pelaburan langsung asing (FOi) dapat mempengaruhi pertumbuhan
ekonomi bagi kedua-dua buah negara tersebut.