Abstract:
Kenaikkan harga rumah keseluruhan merupakan satu masalah yang penting bagi Negara kerana
melibatkan banyak perkara sosial, ekonomi dan politik. Terdapat banyak masalah yang berkaitan
dengan perumahan yang menyebabkan kajian mengenainya adalah penting dan usaha untuk
mengatasinya samada oleh pihak swasta mahupun kerajaan. Isu peningkatan Indeks Harga
Rumah mengikut jenis adalah merupakan isu yang perlu diberi perhatian kerana jika isu ini
diabaikan ia akan mendatangkan kesan yang buruk kepada rakyat yang terpaksa menangung
kesan peningkatan harga rumah keseluruhan. Isu ini memerlukan campur tangan daripada pihak
kerajaan agar rakyat tidak terns dibebani dengan kos untuk membeli rumah yang kian
meningkat.Secara umumnya, antara masalah-masalah yang wujud yang akan memberi kesan
terhadap peningkatan harga rumah dipasaran.