DSpace Repository

Pengurusan kutipan dan corak agihan zakat terhadap asnaf di Malaysia

Show simple item record

dc.contributor.author Nor Aishah Yusop
dc.date.accessioned 2019-01-01T07:59:09Z
dc.date.available 2019-01-01T07:59:09Z
dc.date.issued 2012
dc.identifier.uri http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/11135
dc.description.abstract Institusi zakat memainkan peranan yang sangat besar dalam konteks mewujudkan keadilan dalam pengagihan semula kekayaan. Prestasi pengurusan kutipan dan agihan zakat dapat membantu menyumbang kepada transformasi pembangunan semua asnaf. Ia bertujuan untuk memastikan pengagihan zakat adalah setanding dengan kecekapan dan pencapaian pengurusan kutipan zakat oleh institusi zakat. Sehubungan itu, objektif kajian ini ialah mengenalpasti kecekapan pengurusan pusat zakat negeri-negeri di Malaysia. Objektif khusus dalam kajian ini, pertama menganalisis perkembangan kutipan dan agihan zakat setiap negeri di Malaysia, kedua mengenalpasti jurang antara kutipan dan agihan zakat, ketiga mengukur kecekapan teknikal pengurusan kutipan dan agihan zakat. Bagi mencapai objektif kajian, data diperolehi daripada Unit Zakat (Operasi) Laporan Pusat Pungutan Zakat/Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi 4 tahun bermula 2007 hingga 2010. Dapatan kajian menggunakan analisis pengumpulan data melaporkan negeri yang telah menswastakan institusi zakat seperti negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pahang, Pulau Pinang, Melaka dan Negeri Sembilan kemungkinan dapat meningkatkan kecekapan melalui penswastaan kutipan dan pengagihan zakat berbanding yang belum menswastakan institusi zakat. Oleh itu, penswastaan ini dilakukan untuk memastikan pihak pengurusan zakat dapat memberikan perkhidmatan berkualiti berlandaskan nilai-nilai Islam. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu en_US
dc.subject Kutipan en_US
dc.subject Agihan Dan Asnaf Zakat en_US
dc.title Pengurusan kutipan dan corak agihan zakat terhadap asnaf di Malaysia en_US
dc.type Working Paper en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account