DSpace Repository

Analisis hubungan di antara pengunaan tenaga, pertumbuhan ekonomi dan pembebasan karbon dioksida di Malaysia

Show simple item record

dc.contributor.author Nor Akmanira Kasmi
dc.date.accessioned 2019-01-01T07:59:25Z
dc.date.available 2019-01-01T07:59:25Z
dc.date.issued 2012
dc.identifier.uri http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/11136
dc.description.abstract Setelah lebih 50 tahun Malaysia mengecapi kemerdekaan, jelas kini ekonomi dan persekitaran Malaysia telah banyak berubah dengan kepesatan pembangunan yang berlaku, sejajar dengan dunia yang semakin canggih dan moden. Pembangunan yang pesat antara tanda Malaysia kini lebih maju berbanding 50 tahun dahulu. Ekonomi Malaysia juga semakin baik dari tahun ke tahun walaupun pernah berdepan dengan kemelesetan ekonomi yang teruk seperti pada tahun 1997. Pelbagai sektor ekonomi telah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan antara penyumbang terbesar ekonomi Malaysia adalah sektor tenaga. Malaysia memiliki sumber asli iaitu petroleum yang merupakan salah satu penyumbang kepada pendapatan negara. Tetapi, dengan pembangunan dan pengeksploitasian sumber-sumber tenaga yang ada, Malaysia juga telah berdepan dengan pencemaran alam sekitar. Ekoran daripada itu, kajian ini adalah untuk menganalisis hubungan yang wujud di antara penggunaan tenaga, pertumbuhan ekonomi dan pembebasan karbon dioksida di Malaysia. Kajian ini menggunakan data siri masa dari tahun 1970 hingga tahun 2010 iaitu merangkumi tempoh masa 41 tahun. Kajian ini menggunakan pendekatan ekonometrik yang terdiri daripada ujian kepegunan, ujian kointegrasi dan ujian model pembetulan ralat (VECM). Ujian penyebab-akibat dilakukan dalam melihat arah hubungan yang wujud di antara pemboleh ubah. Dapatan kajian mendapati bahawa wujud satu hubungan jangka panjang di antara kesemua pemboleh ubah. Bagi jangka masa pendek, penggunaan tenaga dipengaruhi oleh pertumbuhan ekonomi dan pembebasan karbon dioksida di Malaysia. Dapatan kajian ini mempunyai implikasi dasar yang penting kepada negara. Agak mustahil bagi pihak kerajaan mengambil langkah mengurangkan kadar pertumbuhan negara bagi memastikan penggunaan tenaga tidak berada pada tahap yang tinggi. Oleh itu, sebagai alternatif bagi memastikan pertumbuhan ekonomi sentiasa mengalami peningkatan yang stabil, kerajaan perlu meningkatkan lagi penggunaan sumber-sumber tenaga yang boleh diperbaharui. lni kerana, sumber-sumber yang boleh diperbaharui ini sekaligus akan mengurangkan kesan yang negatif kepada alam sekitar. Oleh itu, pencemaran alam sekitar dapat diminimumkan dan pada masa yang sama, tenaga digunakan secara lebih mapan. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu en_US
dc.title Analisis hubungan di antara pengunaan tenaga, pertumbuhan ekonomi dan pembebasan karbon dioksida di Malaysia en_US
dc.type Working Paper en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account