| dc.description.abstract |
Malaysia telah membahagikan ekonomi negara kepada tiga sektor utama yang meliputi
sektor pertanian sebagai sektor utama, sektor kedua yang meliputi sektor perindustrian
dan sektor ketiga merupakan sektor perkhidmatan. Peningkatan sesebuah sektor itu
didorong oleh banyak faktor dan salah satunya penggunaan guna tenaga didalam
sektor yang menjadi antara faktor utama kebangkitan sesuatu sektor ekonomi tersebut.
Oleh itu, kajian dilakukan bertujuan untuk mengkaji mengenai impak penggunaan guna
tenaga dalam kepelbagaian kesemua sektor ekonomi terhadap pertumbuhan ekonomi di
Malaysia. Kerangka analisis ini melibatkan jumlah guna tenaga yang digunakan bagi
setiap sektor yang terlibat untuk melihat sejauhmana hubungan serta keberkesanan
penggunaan guna tenaga tersebut digunakan. Kajian ini telah menggunakan Perisian
Sistem Analisis Statistik (SAS). Tempoh kajian ini meliputi penggunaan guna tenaga
setiap sektor utama di Malaysia yang melibatkan guna tenaga selama 27 tahun iaitu dari
tahun 1982 hingga tahun 2009. Teknik kolerasi telah digunakan bagi menganggar model
yang terbaik selain penggunaan data dari sumber sekunder serta data dari jenis
kuantitatif iaitu penggunaan data siri masa. Penggunaan perisian ini adalah melihat
kepada pemilihan model yang mempunyai R2 tertinggi. Tiga ciri utama yang diambil kira
didalam pengujian ini adalah meliputi ciri ekonomi, ciri statistik dan juga ciri ekonometrik.
Hasil kajian ini mendapati bahawa sememangnya penggunaan guna tenaga telah
mempengaruhi peningkatan dalam setiap sektor sekaligus telah memberikan impak
yang besar terhadap pertumbuhan ekonomi negara. Berdasarkan tahun kajian, sektor
perindustrian paling banyak memberikan impak terhadap sektor khasnya dan terhadap
pertumbuhan KDNK Malaysia umumnya. Walaubagaimanapun, seiring dengan Malaysia
yang sedang menuju negara maju, peningkatan penggunaan guna tenaga dalam sektor
perkhidmatan juga telah menunjukkan hubungan yang sangat positif antara jumlah guna
tenaga dan pertumbuhan ekonomi negara. Oleh itu, penggunaan guna tenaga jelas
memberikan impak yang positif terhadap pertumbuhan ekonomi seiring dengan Malaysia
yang sedang menuju menjadi negara yang maju terutamanya meliputi semua sektor. |
en_US |