Abstract:
Kajian ini dijalankan adalah untuk melihat permintaan dan penawaran komoditi utama
kelapa sawit di Malaysia. Ia merangkumi metodologi, sorotan kajian lepas dan juga
kesimpulan yang dibuat terhadap kertas kajian ini. Tingkat harga minyak kelapa sawit
dan harga barang pengganti iaitu kacang soya mempunyai kaitan terhadap permintaan
kelapa sawit. Manakala bagi penawaran kelapa sawit, tingkat harga minyak kelapa
sawit dan keluasan kawasan kelapa sawit turut mempunyai kaitan yang rapat.