Abstract:
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan di antara polarisasi kehadiran pelancong
antarabangsa dan hasil pendapatan sektor pelancongan. Kajian ini telah menggunakan data siri
masa iaitu pada tahun 1974 sehingga 2009 yang diaplikasikan menggunakan beberapa model
ekonometrik gunaan. Hasil penemuan kajian jelas menunjukkan bahawa jumlah ketibaan
pelancong ke Malaysia mempunyai hubungan yang signifikan dengan jumlah pendapatan
pelancongan di Malaysia. Peningkatan dan penurunan yang berlaku dalam polarisasi ketibaan
pelancong jelas menunjukkan bahawa telah memberi kesan kepada jumlah pendapatan sektor
pelancongan sekaligus membe·ri kesan kepada pembangunan ekonomi negara.