Abstract:
Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji hubungan di antara
pengeluaran kelapa sawit, getah dan juga petroleum dengan KDNK negara. Kajian ini
telah menggunakan data siri masa iaitu dari tahun 1972 sehingga tahun 2008 yang
menggunakan sistem pengaplikasian Microfit yang telah menjalankan beberapa ujian.
Hasil penemuan kajian jelas menunjukkan bahawa pengeluaran kelapa sawit, getah dan
petroleum mempunyai hubungan yang signifikan dengan KDNK negara. Peningkatan
pengeluaran komoditi utama ini akan mempengaruhi KDNK negara dan seterusnya
dapat membantu menjana pertumbuhan ekonomi negara.