Abstract:
Kertas kerja ini mengkaji implikasi perbelanjaan agregat (AE) ke atas pertumbuhan
ekonomi Malaysia . Dalam kajian ini, pembolehubah bersandar adalah KDNK
manakala pembolehubah tidak bersandar adalah perbelanjaan penggunaan (C),
pelaburan (I) dan perbelanjaan kerajaan (G). Tujuan membuat kajian ini adalah untuk
menilai hubungan integrasi antara AE dengan pertumbuhan ekonomi di Malaysia.
Kajian ini menggunakan data- data sekunder yang merangkumi 30 tahun iaitu dari
1980 hingga 2009. Untuk menghasilkan keputusan kajian, perisian Econometric
Views atau dikenali sebagai E-Views telah digunakan secara menyeluruh dalam
kajian ini. Secara umumnya penemuan kajian telah menunjukkan bahawa hanya
wujud hubungan jangka masa panjang antara semua pembolehubah. Sebaliknya
dalam jangka masa pendek tiada sebarang hubungan di antara pembolehubah
bersandar dan pemboleh ubah tidak bersandar.