Abstract:
Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, Malaysia turut tidak terlepas dari
menghadapi masalah kemiskinan. Oleh sebab itu, setiap badan kerajaan atau
badan bukan kerajaan haruslah memainkan peranan masing-masing dalam
membasmi kemiskinan. Di Negeri Kedah, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah
(KEDA) telah dipertanggungjawab oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah (KKLW) dalam memperbaiki status sosio-ekonomi penduduk luar bandar
terutamanya bagi golongan miskin. Antara pembangunan yang dilaksanakan
termasuklah usaha-usaha pembasmian kemiskinan, peningkatan pendapatan,
produktiviti dan kualiti hidup serta kemudahan asas. Terdapat enam program yang
dijalankan oleh KEDA. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan melihat dengan lebih
dekat keberkesanan program kemiskinan yang dijalankan oleh pihak KEDA iaitu
selaras dengan objektif kajian ini iaitu mengkaji keberkesanan model pembangunan
komuniti di kawasan Alor Setar, Kedah. Kajian ini hanya memfokuskan kepada dua
program sahaja iaitu Program Peningkatan Pendapatan (PPP) dan Program Bantuan
Rumah (PBR). Kajian ini menggunakan kaedah borang soal selidik yang diedar di
sekitar kawasan Alor Setar. Borang soal selidik ini akan diisi oleh peserta-peserta
yang telah mendapat bantuan PPP dan PBR. Data yang diperolehi daripada borang
soal selidik akan dianalisis menggunakan Perisian Pakej Statistik untuk Sains Sosial
(SPSS)