Abstract:
Kecekapan merupakan salah satu indikator dalam memastikan sesebuah entiti dalam
ekonomi mempunyai kebersaingan dan produktiviti yang tinggi ataupun sebaliknya.
Telah banyak kajian dilakukan untuk mengkaji tahap kecekapan sesebuah entiti dalam
ekonomi temasuklah dalam sektor perbankan. Kajian ini dilakukan untuk mengkaji
kecekapan sektor perbankan di Malaysia pada tahun 2009. Sebanyak 23 buah bank di
Malaysia telah dipilih untuk dijadikan sebagai sampel kajian. Terdapat dua objektif
utama dalam kajian ini iaitu pertama, untuk mengkaji perbandingan kecekapan antara
bank tempatan dan bank asing dan kedua ialah untuk mengkaji perbandingan
kecekapan antara perbankan konvensional dan perbankan Islam. Kaedah DEA (Data
Envelopment Analysis) digunakan untuk mengukur kecekapan dan produktiviti yang
terlibat dengan menggunakan model CCR dan BCC. Kajian mendapati bahawa
perbandingan kecekapan antara bank tempatan dan bank asing adalah lebih kurang
sama manakala perbankan Islam adalah kebanyakkannya lebih cekap berbanding
perbankan konvensional.