| dc.description.abstract |
Fokus utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui faktor-faktor penentu
ekspektasi upah dikalangan graduan politeknik di Malaysia. Sejak kebelakangan ini,
isu-isu berhubung pengangguran, 'over-education', dan 'under-education' merupakan
suatu isu besar jika dilihat dari perspektif ekonomi di Malaysia. Hal ini kerana, para
graduan kurang diberi keutamaan dan pendedahan yang jelas berkenaan penetapan
tingkat upah yang sebenar di Malaysia. Tambahan lagi apabila para graduan ini
menjangkakan kadar upah yang lebih tinggi di pasaran dan keadaan ini menbawa
kepada berlakunya masalah pengangguran pada tahun terakhir graduan. Kajian ini
bertujuan untuk menganalisis ekspektasi upah dan faktor-faktor yang menyumbang
kepada perbezaan upah dikalangan graduan tahun akhir politeknik di Malaysia. Soal
selidik secara rawak telah dijalankan di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz
Shah dan data kajian ini dianalisa menggunakan teknik regresi Mincer. Penemuan
hasil kajian mendapati graduan wanita lebih cenderung untuk memiliki pendapatan
yang lebih tinggi berbanding graduan lelaki selepas tamat pengajian kelak. Selain itu,
faktor-faktor luaran juga sedikit sebanyak mempengaruhi ekspektasi upah graduan
dalam kajian ini. Kesemua faktor tersebut telah dibincangkan secara terperinci
melalui kajian ini. |
en_US |