Abstract:
Pelancongan merupakan salah satu faktor utama yang memberikan
sumbangan terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia. Pelancongan adalah
sektor perkhidmatan yang berkembang cepat seiring dengan perkembangan
ekonomi global serta menjadi sumber pendapatan utama negara. Oleh itu,
matlamat utama kajian ini adalah untuk menganalisis pengaruh kemeruapan
kehadiran pelancong ASEAN-3 ke Malaysia. Kajian ini menggunakan data
bulanan sepanjang tempoh Januari 1995 hingga Mac 2009 dengan
menggunakan pendekatan model ARIMA. Hasil kajian ini juga membuktikan
bahawa terdapat trend bermusim dalam polarisasi kehadiran pelancong
ASEAN-3 ke Malaysia. Hasil kajian ini juga menunjukkan terdapat beberapa
faktor yang berlaku sepanjang tempoh 1995 hingga 2009 yang mendorong
tahap kemeruapan kehadiran pelancong, antaranya adalah kegawatan
ekonomi rantau Asia dan pandemik SARS mempunyai kombinasi ARIMA
yang stabil. Hal ini membuktikan pengaruh kemeruapan kehadiran pelancong
mempunyai kesan langsung terhadap pola kehadiran pelancong ASEAN-3
ke Malaysia sepanjang tempoh kajian ini.