Abstract:
Pembangunan Pulau Langkawi terutarnanya dari segi pembangunan infrastruktur seperti
peningkatan perkhidmatan peginapan dan pengangkutan akan menarik lebih banyak
pelancong ke Langkawi dan seterusnya memberi kesan kepada pertumbuhan negara.
Perkembangan sektor pelancongan di Langkawi ini juga akan memberi impak kepada
penduduk setempat dan seterusnya menaikan taraf hidup mereka. Bagi melihat impak
kemasukan pelancong ke Langkawi terhadap pertumbuhan ekonomi negara, kajian ini
dilaksanakan menggunakan analisis siri masa bagi tempoh 11 tahun iaitu dari tahun 1999
sehingga 2009. Bagi menjawab objektif yang dirangka, pengkaji menggunakan Ujian Model
Pembetulan Ralar Versi Engel-Granger jangka masa panjang. Hasil kajian mendapati wujud
hubungan satu hala diantara pemboleh ubah KDNK dengan bilangan tempoh bermalarn
pelancong dan pembolehubah IHP dengan pemboleh ubah KDNK bagi model pemboleh
ubah pelancong tempatan sebagai pemboleh ubah bersandar. Bagi model pemboleh ubah
pelancong asing pula, didapati hanya ada hubungan satu hala diantara pembolehubah KDNK
dengan bilangan tempoh bermalarn pelancong dan pembolehubah IHP dengan pemboleh
ubah KDNK. Manakala kesemua pemboleh ubah yang lain dalarn kedua-dua kajian
menerima hipotesis nol kerana mampu membuktikan bahawa kesemua pembolehubah itu
tidak mempunyai hubungan antara satu sarna lain atau bukan penyebab Granger masing-masing.