| dc.description.abstract |
Kepesatan pembangunan ekonomi telah mendorong kepada peningkatan dalam
penggunaan petroleum terutamanya bagi negara-negara membangun seperti Malaysia.
Pada masa yang sama, pencemaran CO2 juga meningkat sejajar dengan peningkatan
permintaan petroleum. Oleh itu, kajian ini akan melihat sejauh mana hubungan antara
permintaan petroleum dengan pencemaran CO2 di Malaysia dari tahun 1980 hingga
tahu 2008. Bagi membuktikan objektif yang dirangka, pengkaji akan menggunakan
analisis siri masa meliputi beberapa ujian seperti Ujian Kointegrasi, Vector Auto
Regression dan Ujian Wald. Dapatan kajian menunjukkan wujud hubungan jangka
masa panjang diantara pembolehubah yang terlibat dalam kajian ini. Pengkaji
mencadangkan pengkaji seterusnya menggunakan pembolehubah lain bagi mengkaji
pencemaran CO2 di Malaysia. |
en_US |