Abstract:
Objektif kertas kajian ini adalah untuk menganalisis kecekapan dan produktiviti komoditi
utama sektor pertanian di Malaysia iaitu kelapa sawit, getah dan balak. Jangka masa
data yang digunakan adalah daripada tahun 2000 sehingga tahun 2006 dan dianalisis
dengan menggunakan pendekatan analisis Analisis Penyampulan data (tingkap) atau
DEA-Windows. Diketahui bahawa komoditi primer utama atau pengeluaran utama yang
banyak menjana kepada ekonomi negara adalah sektor pertanian yang antaranya
adalah getah, kelapa sawit dan industri kayu balak. Ketiga-tiga sektor pertanian ini juga
telah memberi banyak sumbangan terhadap guna tenaga di Malaysia dan sekaligus
dapat mengurangkan masalah pengangguran di Malaysia. Justeru, antara matlamat
kajian kertas ini adalah untuk membantu membangunkan sektor primer ini agar ianya
masih dapat memberi sumbangan kepada KDNK negara walaupun pelbagai industri
baru yang lebih berdaya saing akan muncul di dalam negara kita pada suatu hari nanti.