| dc.description.abstract |
Koperasi merupakan sebuah entiti pemiagaan dimana pembentukannya
menggunakan prinsip dan falsafah iaitu bukan kepentingan individu atau golongan yang
lain tetapi kepentingan bersama bagi golongan-golongan yang menubuhkan koperasi
tersebut. Perkembangan koperasi diperlihatkan semakin meningkat dari tahun ke tahun
seterusnya menjadi sektor ketiga terpenting yang membawa kepada pertumbuhan
ekonomi Negara. Dengan itu, pihak kerajaan telah mewujudkan satu dasar iaitu Dasar
Koperasi Negara (DKN) bagi membantu dalam perkembangan sektor koperasi. Justeru
itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap kecekapan koperasi di Malaysia yang
membawa kepada pengiktirafan oleh kerajaan bahawa koperasi merupakan sektor ketiga
yang terpenting yang membawa kepada pertumbuhan ekonomi negara. Kajian ini telah
menggunakan data sekunder iaitu data yang diperolehi daripada pihak ketiga. Data
statistik yang telah digunakan adalah selama 10 tahun di mana ia diperolehi daripada
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Analisis kecekapan yang digunakan adalah
Kaedah Analisis Penyampulan Data (DEA) dengan menggunakan Model CCR dan BCC
keatas input serta output. Setelah analisis dijalankan, didapati bahawa terdapat sebuah
koperasi sahaj a yang menggunakan input dan output secara cekap setiap tahun iaitu Bank
Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) manakala 7 koperasi yang lain iaitu
Koperasi Permodalan Felda Berhad, Koperasi Serbaguna Malaysia Berhad, Koperasi
Serbaguna Malaysia Berhad, Koperasi Angkatan Malaysia Berhad, Koperasi Wawasan
Pekerja-Pekerja Berhad dan Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad (KOJADI) tidak dapat
menggunakan input dan output secara cekap setiap tahun. Dengan itu, beberapa altematif
perlulah diambil oleh pihak koperasi serta keraj aan dalam menangani masalah
ketidakcekapan dalam penggunaan input serta pengeluaran output. Jika masalah ini
diatasi, bilangan koperasi dalam menggunakan input serta mengeluarkan output dengan
lebih cekap meningkat di masa akan datang. |
en_US |