Abstract:
Migrasi merupakan suatu proses pengbijrahan buruh yang berlak:u hampir di semua
negara di dunia ini. Terdapat beberapa faktor yang telah mempengaruhi penghijrahan
buruh dan kajian ini lebih berfokus pada buruh Indonesia yang berhijrah ke Malaysia.
Antara fak:tor yang mempengaruhi penghijrahan buruh Indonesia ke Malaysia adalah
KDNK per kapita, indek persekitaran kerja di Malaysia dan kadar pengangguran di
Indonesia. Sebenarnya, peningkatan dalam penghijrahan buruh Indonesia ke Malaysia
akan memberi kesan yang sangat besar kepada perturnbuhan ekonomi. Hubungan
diantara KDNK per kapita, kadar pengangguran, indek persekitaran kerja dan
pengbijrahan buruh Indonesia ke Malaysia ak:an dilihat berasaskan kaedah empirikal
dengan menggunakan data siri masa bagi tempoh 1999-2008. Hasil kajian didapati,
ketiga-tiga pembolehubah bebas berhubung positif dengan penghijrahan buruh
Indonesia ke Malaysia. Pembolehubah bebas iaitu KDNK perkapita dan indek
persekitaran kerja di Malaysia telah menjadi sebagai fak:tor tarikan bagi buruh
Indonesia dan kadar pengangguran di Indonesia menjadi sebagai fak:tor tolakan bagi
mereka. Hasil kajian yang diperolehi juga telah menyamai beberapa kajian lepas.