Abstract:
Keluaran Oalam Negara Kasar merupakan ukuran untuk menentukan pendapatan negara
yang mana digunakan untuk menunjukkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.
Terdapat banyak faktor yang menentukan Keluaran Dalam Negara Kasar antaranya ialah
petroleum dan gas asli yang mana kedUcH!ua faktor ini telah dipilih di dalam kajian ini. Kajian
ini bertujuan untuk melihat peranan dan sumbangan petroieum dan gas asli ke atas Keluaran
Oalam Negara Kasar. Satu model dibentuk berasaskan dari tahun 1973 sehingga 2009,
kajian ini mendapati petroleum lebih banyak memberi sumbangan terhadap Keluaran Dalam
Negara Kasar, di mana peningkatan satu peratus di dalam petroleum akan meningkatkan
0.64885 peratus dalam Keluaran Oalam Negara Kasar. Hasil kajian ini dengan jelas
menunjukkan bahawa pengeluaran petroleum lebih banyak menyumbang terhadap Keluaran
Oalam Negara Kasar berbanding pengeluaran gas asli. Keputusan kajian ini juga seiring
dengan penemuan kajian terdahulu, di mana kebanyakan negara pengeluar petroleum dan
gas asli mendapati pengeluaran petroleum lebih banyak menyumbang terhadap Keluaran
Oalam Negara Kasar. Justeru, kajian ini secara tidak langsung telah menyumbang ke arah
keberuntungan pelaburan ekonomi di Malaysia serta keperluan pelaburan pengeluaran
petroleum sebagai instrumen pembangunan ekonomi di Malaysia. Oleh itu kerajaan
seharusnya mengambil langkah untuk meningkatkan pengeluaran petroleum. Antara
cadangan yang boleh diberikan adalah pembukaan telaga minyak, menggunakan teknologi
yang dapat mengenal pasti kawasan yang berpotensi untuk dilombong, dan memberikan
insentif kepada pencari gali atau pihak yang bekerjasama dengan pihak pencari gali. Adalah
diharapkan bahawa dengan menggunakan cara ini pengeluaran petroleum dapat ditingkatkan
seterusnya Keluaran Oalam Negara Kasar juga turut meningkat.