Abstract:
Pembolehubah makroekonomi yang dapat mempengaruhi pasaran bon kurang
dianalisiskan di Malaysia. Tujuan kajian adalah untuk mengenalpasti pengaruh
pembolehubah makroekonomi terhadap bon kerajaan di Malaysia. Pembolehubah
makroekonomi yang digunakan dalam kajian ini adalah seperti Penawaran Wang
(M3), lndek Komposit Kuala Lumpur (KLCI) dan Kadar Pertukaran Wang Asing (ER)
bermula dari tahun 1990 hingga tahun 2009. Untuk mencapai objektif kajian telah
menggunakan pelbagai kaedah penganggaran iaitu ujian kointegrasi johansen, ujian
model vektor pembetulan ralat dan sebagainya. Hasil dapatan kajian telah
membuktikan bahawa Penwaran Wang (M3) dan Kadar Pertukaran Wang Asing (ER)
mempunyai pengaruh yang kuat terhadap Sekuriti Kerajaan Malaysia (SKM).