Abstract:
Zakat merupakan satu kewajipan bagi membantu dan meringankan beban umat Islam
disamping mengurangkan jurang perbezaan antara yang kaya dengan yang miskin.
Jumlah kutipan dan agihan menunjukkan kadar peningkatan yang memberangsangkan
dari setahun ke setahun seiring dengan pertumbuhan ekonomi dan peningkatan
kesedaran dikalangan pembayar dan kewujudan organisasi pengurusan zakat yang
lebih tersusun. Sehubungan dengan itu, kajian ini cuba melihat kecekapan pengurusan
zakat bagi setiap daerah di negeri Johor menggunakan data bulan bagi tahun 2010 yang
diperoleh daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor. Bagi membuktikna objektif yang
dirangka, pengkaji akan menggunakan kaedah Analisis Penyampulan Data (DEA)
menggunakan model BCC dan model CCR bagi mengukur tahap kecekapan
berdasarkan kecekapan teknikal semulajadi dan jumlah kecekapan teknikal. Dapatan
kajian menunjukkan hampir setiap daerah di Negeri Johor mencapai tahap kecekapan
dimana nilai kecekapan yang diperoleh melebihi 0.5 kecuali bagi daerah Kulaijaya dan
daerah Ledang. Bagi mengatasi masalah ketidakcekapan pengurusan zakat yang
wujud, beberapa cadangan dikemukakan dalam kajian ini seperti melaporkan segala
hasil kutipan dan agihan, meningkatkan mutu perkhidmatan dan memberikan latihan
kepada kakitangan dan sebagainya.