| dc.description.abstract |
Kajian ini adalah mengkaji hubungan antara inflasi dengan pengangguran dan
bilangan kes jenayah di Malaysia: Data yang digunakan dalam kajian ini
adalah data inflasi, pengangguran dan bilangan kes jenayah di Malaysia
sepanjang tempoh tempoh tahun 1980 sehingga 2004. Hubungan antara
inflasi dengan pengangguran dan bilangan kes jenayah dapat ditentukan
untuk menganggar nilai pembolehubah tersebut pada masa akan datang.
Data kajian akan dianalisis dengan pelbagai ujian statistik dengan
menggunakan perisian "E-views". Berdasarkan keputusan analisis statistik,
penganggaran untuk data kajian pada masa akan datang dapat dibuat.
Dasar-dasar yang sesuai juga dicadangkan untuk menghadapi masalah
mengenai inflasi, pengangguran dan kes jenayah. |
en_US |