Abstract:
Matlamat asas kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui sumber komoditi utama
diMalaysia yang menjadi pemangkin kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara
Kasar. Antara sumber komoditi utama yang turut mejadi penyumbang kepada
pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar ialah tanaman kelapa sawit, tanaman
getah, pengeluaran kayu balak dan pengeluaran petroleum. Pertumbuhan setiap
komoditi dianalisis bagi mengetahui kesinambungan terhadap Keluaran Dalam Negara
Kasar dan komoditi utama yang lain. Hasil keputusan yang dianalisis dengan
mengunakan perisian microfit telah menunjukkan keempat-empat pembolehubah
adalah pegun. Tetapi, kesemua pembolehubah diuji lagi dengan ujian kointegrasi dan
ujian Granger Causaliti untuk mengetahui hubungan dalam jangka masa panjang.