| dc.description.abstract |
Nasi merupakan makanan ruji bagi rakyat Malaysia. Di Malaysia, permintaan terhadap
beras perkapita adalah sebanyak 118 kilogram setahun yang merangkumi 44% daripada
jumlah pengambilan kalori. Namun begitu, pengeluaran beras di Malaysia meningkat
dengan kadar yang perlahan iaitu dari 1.2 juta tan pada tahun 2000 kepada 1.3 juta tan
pada tahun 2003 berbanding dengan pertumbuhan penduduk 25% setahun. Negara
akan memerlukan sejumlah 2.3 juta tan setahun untuk 27 juta penduduk yang dijangka
pada tahun 2010. Jika pengeluaran beras Negara tidak dapat ditingkatkan, negara akan
mengimport lebih kurang 1.0 juta tan setahun untuk keperluan penduduknya. Kajian ini
dijalankan dengan menggunakan sumber data sekunder sepenuhnya dimana ia
diperoleh dari lnstitut Penyelidikan Beras Antarabangsa (IRRI) dan Jabatan Perangkaan
Malaysia. Data yang digunakan adalah data siri masa iaitu dari tahun 1970 sehingga
2007. Kajian ini akan mengkaji dan menganalisis kesan pembolehubah bebas yang
terdiri daripada KDNK, Jumlah Populasi dan Harga Beras terhadap Kuantiti Permintaan
Beras di Malaysia dan pembolehubah bebas Jumlah Permintaan Beras, Luas Kawasan
Tanaman Padi serta Harga Gandum terhadap Kuantiti Penawaran Beras di Malaysia.
Kajian ini dilakukan dengan menggunakan model penganggaran Autoregressive
Distributed Lag (ARDL) dan Error Correction Model (ECM). Hasil keputusan kajian
yang dijalankan dengan menggunakan model penganggaran ARDL- ECM mendapati
bahawa terdapat jurang perbezaan yang ketara terhadap kelajuan penyelarasan jangka
masa pendek bagi fungsi permintaan beras dan fungsi penawaran beras. Perbezaan
yang ketara iaitu sebanyak 41 % berdasarkan keputusan kajian dengan menggunakan
model penganggaran ARDL - ECM menunjukkan bahawa kuantiti beras yang
ditawarkan tidak mampu untuk menampung permintaan terhadap beras jika sesuatu
kemungkinan yang tidak diingini berlaku dalam jangka masa pendek. |
en_US |