Abstract:
Potensi industri pelancongan sebagai penjana ekonomi negara hanya dapat
direalisasikan jika usaha-usaha memajukan dan membangunkan industri
pelancongan diberi penekanan yang sewajarnya. lsu-isu seperti alam sekitar,
kemudahan lapangan terbang, kebersihan persekitaran, sistem pengangkutan dan
keselamatan pelancong, semuanya menyumbang secara positif dan negatif kepada
jumlah pelancong yang melawat Malaysia. Objektif-objektif utama kajian ini adalah
untuk menerangkan volatiliti ketibaan pelancong Asia Timur iaitu pelancong dari
negara China, Taiwan, Jepun dan Korea Selatan ke Malaysia. Keputusan
menunjukkan bahawa kedatangan pelancong Asia Timur ke Malaysia mempunyai
pelbagai kombinasi model ARIMA (p,d,q)12. Secara keseluruhan, tahap volatiliti
kedatangan pelancong Asia Timur tidak banyak dipengaruhi dengan factor-faktor
luaran dan ini menunjukkan bahawa ' Malaysia Truly Asia '.