Abstract:
Kajian ini menyelidik mengenai kecekapan dan produktiviti syarikat broker saham di
Malaysia pada tahun 2009. Bagi kajian ini, sebanyak enam sampel ataupun unit
pembuat keputusan digunakan untuk mengukur tingkat kecekapan dan produktiviti.
Kaedah DEA (Data Envelopment Analysis) digunakan untuk mengukur kecekapan dan
produktiviti bagi syarikat broker saham dengan menggunakan pendekatan CRS dan
VRS. Keputusan mendapati bahawa hanya sebuah sahaja syarikat broker saham
adalah dikategorikan sebagai cekap dan produktif berbanding yang lain.