| dc.description.abstract |
Kajian ini menganalisis penentu eksport getah di negara Malaysia bagi tempoh 35
tahun iaitu dari tahun 1976-2010. Dalam kajian ini, terdapat 3 pemboleh ubah yang
digunakan sebagai penentu eksport getah iaitu harga getah, jumlah pengeluaran getah
asli dan kadar pertukaran asing. Eksport getah dipengaruhi secara positif oleh harga
getah, jumlah pengeluaran getah asli dan kadar pertukaran asing pada paras keertian
I%. Kajian menunjukkan model linear merupakan model terbaik dalam analisis ini.
94.63% daripada variasi dalam jumlah eksport getah dapat diterangkan oleh harga
purata getah, jumlah pengeluaran getah dan kadar pertukaran asing. Melalui hasil
keputusan kajian jumlah pengeluaran getah merupakan faktor dominan bagi eksport
getah. Keseluruhan keputusan penganggaran bagi model yang dibentuk ini memenuhi
andaian-andaian ekonometrik yang penting iaitu tiada multikolineariti, dan tiada
autokorelasi tetapi wujud heteroskedastisiti. |
en_US |