Abstract:
Kajian komuniti bentos telah dijalankan di persisiran pantai muara Sungai Ibai, Terengganu. Persampelan sedimen menggunakan grab 'Smith McIntyre' dengan bukaan 0.05 meter persegi. Penentuan tekstur sedimen , kepadatan, kepelbagaian spesis dan kandungan karbon organik telah dijalankan ke atas semua sampel tanah yang diambil.