Abstract:
Program Dasar Pandang Ke Timur (DPT) sudah mencecah tahun ke-10 sejak dilancarkan pada tahun 1980. Program yang dikenalkan oleh kerajaan ini mempunyai strategi dan matlamat serampang dua mata, iaitu meniru dan mengamalkan etika kerja orang-orang Jepun dan Korea serta mencedok seberapa banyak teknologi dari negara-negara tersebut.