DSpace Repository

Kebergantungan Dan Pendayaupayaan Ekonomi Kaum Penan Di Daerah Tutoh-Apoh, Sarawak Berasaskan Modal Semulajadi

Show simple item record

dc.contributor.author Benard Upieh
dc.date.accessioned 2019-10-07T03:57:25Z
dc.date.available 2019-10-07T03:57:25Z
dc.date.issued 2017-01
dc.identifier.uri http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/13363
dc.description.abstract Kaum Penan mempunyai hubungan yang akrab dengan modal semula jadi. Keakraban tersebut wujud disebabkan oleh mereka bergantung pada modal semula jadi dalam semua aspek kehidupan. Sungguhpun demikian, perkara ini kurang mendapat perhatian oleh penyelidik lain sebelum ini khususnya berkaitan dengan kebergantungan dan pendayaupayaan ekonomi berasaskan modal semula jadi. Oleh itu, kajian ini cuba mengisi kekurangan tersebut melalui empat objektif kajian iaitu, mengenal pasti kebergantungan kaum Penan pada modal semula jadi, menjelaskan pendayaupayaan ekonomi kaum Penan, mengenal pasti ancaman yang dihadapi oleh kaum Penan dalam modal semula jadi, dan menjelaskan identiti tertentu kaum Penan berasaskan modifikasi modal semula jadi. Bagi mencapai objektif kajian tersebut, penyelidik telah menggunakan reka bentuk kajian etnografi dalam melaksanakan kajian. Penyelidik menggunakan kaedah temu bual mendalam, pemerhatian dan catatan nota lapangan yang melibatkan seramai 23 orang informan kajian di kampung Batu Bungan, Long Lesuan dan Long Ludin di Daerah Tutoh-Apoh, Sarawak. Data kajian dikoordinasi dengan menggunakan perisian komputer QSR Nvivo bagi tujuan penyusunan data yang telah dikumpulkan. Hasil kajian menunjukkan kebergantungan kaum Penan pada modal semula jadi adalah atas dorongan untuk sara diri, pekerjaan dan hobi. Mereka bergantung pada modal semula jadi sejak kehidupan nomad sehingga kini. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Universiti Malaysia Terengganu en_US
dc.subject Benard Upieh en_US
dc.subject HM 548 .B4 2017 en_US
dc.title Kebergantungan Dan Pendayaupayaan Ekonomi Kaum Penan Di Daerah Tutoh-Apoh, Sarawak Berasaskan Modal Semulajadi en_US
dc.type Thesis en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account