dc.description.abstract |
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi prestasi kerja
anggota polis yang melibatkan tekanan kerja, sokongan sosial dan kecerdasan emosi.
Menggunakan kaedah pensampelan kelompok dua peringkat, data dikumpulkan
daripada 424 orang polis di Selangor menggunakan instrumen Police Stress
Questionnaire (PSQ), Job Content Questionnaire (JCQ), Emotional Intelligence
Self-Description Inventory (EISDI) dan Formal Performance Appraisals. Dapatan
kajian menunjukkan tekanan kerja, sokongan sosial dan kecerdasan emosi
mempunyai hubungan yang signifikan dengan prestasi kerja polis. Analisis regresi
mendedahkan bahawa kecerdasan emosi merupakan faktor peramal yang paling
signifikan kepada prestasi kerja polis. Implikasi kajian ini menunjukkan kepentingan
kecerdasan emosi dalam meningkatkan prestasi kerja dalam kalangan anggota polis. |
en_US |