DSpace Repository

Analisis Kekukuhan Teori Okun Dan Philips Bagi Negara Asia Terpilih

Show simple item record

dc.contributor.author Ang Syh Han
dc.date.accessioned 2019-10-08T04:18:24Z
dc.date.available 2019-10-08T04:18:24Z
dc.date.issued 2014
dc.identifier.uri http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/13380
dc.description.abstract Ekonomi rantau Asia telah mengalami pertumbuhan pesat dalam beberapa dekad yang lalu, akan tetapi isu pengangguran dan kadar inflasi masih tidak mampu di kawal oleh pihak kerajaan menggunakan dasar fiskal dan monetari. Isu ini boleh diperjelaskan menggunakan teori tradisional Okun dan Phillips yang menterjemahkan hubungan negatif di antara kadar pertumbuhan ekonomi dan pengangguran; dan hubungan antara pengangguran dan kadar inflasi. Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk menganalisis hubungan kointegrasi dan penyebab menggunakan teori Okun dan Philips yang melibatkan negara maju dan negara membangun Asia seperti Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand, Jepun dan Korea Selatan menggunakan data siri masa tahunan sepanjang tempoh 1980-2010. Terdapat tiga teknik yang penting diambil kira dalam kajian ini untuk penganggaran data siri masa. Pertama, mengenal pasti tahap kepegunan menggunakan pendekatan tradisional dan moden menggunakan kesan perubahan struktur. Kedua, mengenal pasti hubungan kointegrasi menggunakan kerangka jangka masa panjang dan pendek. Ketiga, kajian ini menggunakan ujian penyebab untuk mengesan hubungan penyebab antara pemboleh ubah kajian. Keputusan keseluruhan kajian ini tidak seimbang dan bertentangan dengan hukum Okun dan Philips bagi beberapa negara kajian. Sehubungan itu, untuk mengimbangi pengangguran, inflasi dan pertumbuhan ekonomi, para pembuat dasar harus menilai isu ini dan menganalisis secara kolektif menyebabkan pengangguran dan tidak semata-mata fokus terhadap penetapan teori Okun dan Philips setiap masa. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Universiti Malaysia Terengganu en_US
dc.subject Ang Syh Han en_US
dc.subject QA 39.2 .A5 2014 en_US
dc.title Analisis Kekukuhan Teori Okun Dan Philips Bagi Negara Asia Terpilih en_US
dc.type Thesis en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account