DSpace Repository

Keusahawanan Islam Berasaskan Ciri Personaliti Dan Kerohanian Di Negeri Kelantan

Show simple item record

dc.contributor.author Mohd Zain Bin Mubarak
dc.date.accessioned 2019-10-13T06:46:40Z
dc.date.available 2019-10-13T06:46:40Z
dc.date.issued 2014-10
dc.identifier.uri http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/13434
dc.description.abstract Kelemahan usahawan Melayu umumnya dikaitkan dengan elemen sikap yang merujuk kepada aspek personaliti dan kerohanian. Namun begitu terdapat sebahagian usahawan yang telah berjaya dan menjadi ikon dalam perusahaan masing-masing. Kajian ini, dalam skop keusahawanan Islam memfokuskan bentuk personaliti dan kerohanian usahawan Islam berjaya berdasarkan prinsip al-Quran, sunnah Rasulullah SAW dan juga para sahabat. Penerokaan terhadap ciri-ciri personaliti dan ciri-ciri kerohanian usahawan dibuat ke atas 10 orang informan terpilih yang merupakan usahawan berjaya dalam pelbagai tahap dan bidang perusahaan di negeri Kelantan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif di mana pemerolehan data adalah melalui sumber dokumen, temubual mendalam dan pemerhatian tidak turut serta yang dianalisis berasaskan tema-tema yang dikenalpasti. Dapatan menunjukkan bentuk personaliti dan kerohanian usahawan dalam kalangan informan secara umumnya tidak berbeza meskipun berlainan tahap dan bidang perusahaan yang mereka jalankan. Kajian ini juga mendapati bentuk personaliti dan kerohanian informan menepati dengan asas model usahawan Rasulullah SAW dan para sahabat yang merangkumi aspek keimanan, akhlak, kemahiran dan kebajikan. Berdasarkan analisis tema, kajian menunjukkan terdapat 15 ciri-ciri personaliti dan 12 ciri-ciri kerohanian yang berperanan dan menyumbang dari sudut keterlibatan, menangani cabaran dan amalan rutin informan dalam kegiatan keusahawanan mereka. Selain itu faktor keluarga dan persekitaran juga banyak mempengaruhi dari segi asas pembentukan ciri-ciri usahawan sehingga berjaya dalam perusahaan yang diceburi. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Universiti Malaysia Terengganu en_US
dc.subject Mohd Zain Bin Mubarak en_US
dc.subject HD 8038 .K4 M6 2014 en_US
dc.title Keusahawanan Islam Berasaskan Ciri Personaliti Dan Kerohanian Di Negeri Kelantan en_US
dc.type Thesis en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account