DSpace Repository

Keadilan Organisasi, Orientasi Pelanggan Dan Stres: Penentu Terhadap Kepuasan Kerja Dalam Sektor Perhotelan Di Malaysia

Show simple item record

dc.contributor.author Kamaazura Abu Bakar
dc.date.accessioned 2019-10-13T06:46:53Z
dc.date.available 2019-10-13T06:46:53Z
dc.date.issued 2015
dc.identifier.uri http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/13436
dc.description.abstract Keadilan organisasi dan orientasi pelanggan merupakan isu yang hangat dibahaskan dan diambil kira sebagai keutamaan terhadap organisasi sebagai pencetus kompetensi dalam sektor perhotelan di Malaysia. Dalam usaha memastikan stres negatif dikurangkan dan kepuasan kerja dapat dicapai, kajian ini telah dibangunkan dan membentuk model kajian korelasi bagi melihat hubungan antara konstruk keadilan organisasi, orientasi pelanggan, stres dan kepuasan kerja. Merujuk kepada kajian lepas yang berkaitan, satu model telah berjaya dibangunkan bertujuan untuk: (1) mengkaji hubungan antara keadilan organisasi dan orientasi pelanggan; (2) mengkaji pengaruh keadilan organisasi terhadap kepuasan kerja; (3) mengkaji pengaruh orientasi pelanggan terhadap kepuasan kerja; (4) mengenal pasti pengaruh stres sebagai mediator dalam hubungan keadilan organisasi dan kepuasan kerja; dan (5) mengenalpasti stres sebagai mediator dalam hubungan orientasi pelanggan dan kepuasan kerja. Persampelan rawak dan persampelan rawak berstrata telah dilakukan untuk menentukan saiz sampel responden dan hotel yang terlibat. Dengan mengedarkan borang kaji selidik kepada 800 orang responden dan sebanyak 609 (76.12% kadar maklumbalas) orang responden yang terdiri daripada kakitangan tetap, berjawatan bukan penyelia dan penyelia dari 68 buah hotel bertaraf tiga hingga lima bintang di seluruh negara telah terlibat dalam kajian ini. Statistical Package for Social Science (SPSS) 19.0, Structural Equation Modeling (SEM) dan Analysis of Moments Structures (AMOS) 18.0 telah digunakan untuk menganalisis data dan membentuk grafik kepadanan model. Menerusi analisis confirmatory factor analysis (CFA) yang dilakukan, didapati nilai korelasi antara adalah positif signifikan antara keadilan organisasi dan orientasi pelanggan. en_US
dc.language.iso other en_US
dc.publisher Universiti Malaysia Terengganu en_US
dc.subject Kamaazura Abu Bakar en_US
dc.subject HF 5415.5 .K3 2015 en_US
dc.title Keadilan Organisasi, Orientasi Pelanggan Dan Stres: Penentu Terhadap Kepuasan Kerja Dalam Sektor Perhotelan Di Malaysia en_US
dc.type Thesis en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account