| dc.contributor.author | Nurul Habibatunn Binti Jamaludin | |
| dc.date.accessioned | 2019-10-13T06:47:16Z | |
| dc.date.available | 2019-10-13T06:47:16Z | |
| dc.date.issued | 2017-09 | |
| dc.identifier.uri | http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/13439 | |
| dc.description.abstract | Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dua aspek keseimbangan kerja-keluarga, iaitu konflik kerja-keluarga dan pengayaan kerja-keluarga yang meramal kesejahteraan pekerja. Kajian ini juga mengkaji peranan sokongan sosial sebagai moderator dalam hubungan antara keseimbangan kerja-keluarga dengan kepuasan kerja dan keluarga. Seramai 260 orang pekerja sektor swasta di Terengganu yang terlibat dalam kajian ini dipilih secara rawak. Dapatan kajian melaporkan konflik kerja-keluarga dan pengayaan kerja-keluarga mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepuasan kerja dan keluarga. Analisis regresi menunjukkan pengayaan kerja-keluarga merupakan faktor peramal kepuasan kerja, manakala konflik keluarga-kerja pula sebagai peramal kepada kepuasan keluarga. Walau bagaimanapun, dapatan tidak menyokong peranan sokongan sosial dalam hubungan antara konflik kerja-keluarga dan pengayaan kerja-keluarga dengan kepuasan kerja dan keluarga. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa organisasi perlu menitikberatkan strategi pembangunan dan pelaksanaan yang berkesan bagi keseimbangan kerja-keluarga dalam meningkatkan kepuasan kerja dan keluarga dalam kalangan pekerja. | en_US |
| dc.language.iso | other | en_US |
| dc.publisher | Universiti Malaysia Terengganu | en_US |
| dc.subject | Nurul Habibatunn Binti Jamaludin | en_US |
| dc.subject | HF 5549.5 .J63 N8 2017 | en_US |
| dc.title | Sokongan Sosial Sebagai Moderator Dalam Hubungan Antara Keseimbangan Kerja-Keluarga Dengan Kepuasan Kerja Dan Keluarga Dalam Kalangan Pekerja Sektor Swasta Di Terengganu | en_US |
| dc.type | Thesis | en_US |